Monday, December 1, 2008

Untuk sahabat



Sahabat

Sahabat
Mengapa kau pergi
Tinggal aku sendiri
Kau tahu ku tak sanggup
Sahabat
Ingatlah kau selalu
Jadi yang terbaik
Walau kau tak di sini lagi
Sahabat
aku rindu padamu
Datang walau sesaat
Ku ingin kan kau hadir
Aku di sini dan menunggu
Diam tanpa dirimu

Kau tahu ku tak bisa
Beranjak terbang dan melayang
Tanpa dirimu ku tak bisa dan kembalilah
Oh aku disini dan menunggu
Diam tanpa dirimu
Kau tahu ku tak bisa
Beranjak terbang dan melayang
Tanpa dirimu ku tak bisa dan kembalilah
aku disini dan menunggu
Diam tanpa dirimu
Kau tahu ku tak bisa
Beranjak terbang dan melayang
Tanpa dirimu ku tak bisa dan kembalilah
Kembalilah oh sahabatku
Kembalilah


Monday, November 24, 2008

Suami yang di cari.....

Mana nak dapat ni..hehe..looking 4 that kind of man..

Pertama: Cari yang Beragama. Agama disini tentulah agama islam. Yang meyakini Allah itu tuhannya dan nabi muhammad itu rasulnya. Kalau tak da benda ni memang tak jadi cerita ini. Kerana bila beragama secara totalnya dia tahu menjaga dirinya , maruahnya dan pengamalan kehidupannya insyaallah selamat selagi atas nama islam yang sebenar.

Kedua: Cari yang Bernasab. Maksud kat sini yang mempunyai nasab dan silsilah keluarga yang baik baik. tidak tercemar dengan perilaku perilaku salasilah keluarga yang mempunyai rekod yang hitam. Ini semua menjamin zuriat yang bakal dihasilkan terjaga dari segi kedudukan dalam keluarga yang baik baik.

Ketiga: Cari yang cantik. Nabi s.a.w. menganjurkan kita mencari yang baik dari segi rupa paras apabila kita memandangnya. Sejuk apabila dilihat dan dapat mengikat hati suami untuk tidak lagi melihat perkara yang ditegah seperti melihat aurat aurat yang berkeliaran diluar rumah. Wajah yang cantik dapat membahagiakan suami menenangkan hati suami. Manakala dari sudut makna yang tersirat pula kecantikan dalaman lah yang sebenarnya dimaksudkan oleh nabi. Terdapat khilaf dan perselisihan pendapat ulama dalam menentukan maksud ayat ini. Namun kedua duanya sama baik. sebab ada hadis nabi s.a.w. yang mengatakan dalam diri manusia itu ada seketul daging atau darah. apabila baik ia ( baik di dalam ) maka akan baik lah jasad luaran keseluruhannya. maka seketul daging itulah yang dinamakan hati.Baik di dalam yakni terhindar dari segala jenis perasaan yang tidak elok.

Keempat: Cari yang kaya. Disini juga terdapat pelbagai makna yang boleh disimpulkan. Selain kaya harta benda yang dimaksudkan , Kaya dengan ilmu pengetahuan lah yang lebih diutama maksudkan oleh kebanyakan ulama. Ini kerana dengan ilmu , Si pilihan hati tentu dapat menguruskan segalanya dengan baik termasuk dalam pengurusan rumahtangga yang baik dan harmoni. Saiduna Ali Karamallahu wajhah pernah mengatakan yang lebih kurang maksudnya: “Jika kamu memiliki harta maka kamu lah yang terpaksa menjaga harta itu. Jika kamu memiliki ilmu pula sudah tentu ilmu lah yang akan menjaga kamu.” Oleh itu keutamaan ilmu juga sudah tentu dipandang dalam sudut pencarian si teman hidup.

Mengikut apa yang disabdakan oleh nabi dalam 4 perkara diatas, maka Nabi memberikan petua dan kesimpulan kepada kita agar memilih atau meletakkan ciri ciri pilihan kita pada yang mempunyai agama. Ini kerana nabi mengatakan jika yang beragama dan beriman menjadi pilihan utama kita maka beruntunglah kedua tangan kita yang memilih ini berdasarkan apa yang dikatakan oleh Nabi s.a.w. Ini jelas kerana yang beragama sudah tentu memiliki ciri ciri yang lain seperti kaya dengan ilmu pengetahuan , cantik dengan sifat mulia dalam diri dan berketurunan baik baik dan insyaallah juga akan melahirkan generasi yang baik baik juga. Hanya yang mengamalkan agama dengan betul dan sebenar benarnya yang ada semua sifat sifat ini

Monday, November 17, 2008

cerita aku yg boring

nguh2.. mst org xmo bacanya post ni sbb tjk dia pn dh wat org xmo bc. sbb boring leln kali la smbg cita..hahaha